Cara isi borang UPU secara Online

Hai!.. adik-adik semua. So debaran result untuk SPM dah lepas kan? Malas nak cakap manyak, kali nie atok Am nak share cara-cara nak isi borang UPU secara online. Yang tengah khusyuk baca ni abang,kakak,mak ataupun adik-adik sendiri boleh la isi untuk adik yang tak tahu takpun pakwe/makwe. Husss gatal errrkk..◕‿◕

isi borang UPU secara Online

Panduan mengisi borang  permohonan UPU Online (◕^^◕) 

✍ Layari Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier –  http://upu.mohe.gov.my
✍ Baca Manual Panduan Mengisi Borang di  [ sini ]

PERMOHONAN

☀ Login
Klik butang permohonan pada menu utama

i. Masukan butiran berikut (muka depan):

☞ Nombor Kad Pengenalan/ MyKad;
☞ Nombor Kad Pengenalan/MyKad semasa pendaftaran peperiksaan;
☞ Nombor Unik ID;
  ⇨ Calon perlu menggunakan Nombor Unik ID yang dibeli sendiri dengan bayaran RM   10.60  di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
   ⇨ Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan /     MyKad pemohon. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID.
   ⇨ Jangan dedahkan Nombor Unik ID anda kepada orang lain, kerana ianya adalah SULIT.
☞ Kata laluan (6- 8 aksara/ alphanumeric) dan pengesahan kata laluan;
☞ Nama Ibu
☞ Kategori Permohonan; dan
☞ Kod Imej.
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.

A. MAKLUMAT PERIBADI

No. Kad Pengenalan/MyKad, No. Kad Pengenalan/MyKad (Bapa/Penjaga), No Kad Pengenalan/MyKad (Ibu), Nama, Tarikh Lahir, Tempat Lahir, Alamat Surat-menyurat, Bandar, Poskod, Negeri, No. Telefon Rumah, No. Telefon Bimbit, E-mel, Taraf Perkahwinan, Kecacatan, Maklumat Kecacatan dan Penyakit.

Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.

B. MAKLUMAT PEKERJAAN & PENDAPATAN KELUARGA

Status Pekerjaan Bapa/Penjaga/Ibu/Pemohon, Tempoh Pengalaman Kerja Pemohon, Pendapatan Keluarga, Tanggungan Keluarga, Tempat Tinggal, No. LHDN (Bapa/Ibu/Penjaga)

Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.

C. MAKLUMAT AKADEMIK & KATEGORI PERMOHONAN

Kelayakan Pemohon, Jenis Sekolah, Kod Sekolah, Angka Gilir SPM dan Tahun SPM

Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.

D. MAKLUMAT KOKURIKULUM SPM/SETARAF

CGPA Kokurikulum, Sukan/ Permainan, Badan Beruniform, Kelab/ Persatuan, Jawatan, Tahap Penglibatan, Jenis Kejohanan dan Penganugerahan Sijil.

Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.

E. MAKLUMAT PILIHAN PROGRAM

1. Pilihan Bidang Pengajian Mengikut Keutamaan
2. Pilihan Program Pengajian Mengikut Keutamaan
✖ Setiap pemohon dibenarkan memilih lapan (8) pilihan program pengajian.
✖ Pelajar perlu memilih sekurang-kurangnya empat (4) pilihan program pengajian yang berlainan.
Program Pengajian Bertemuduga

Calon hanya boleh mengemukakan permohonan bagi pilihan 1 hingga 4 sahaja.

Pernyataan Ya atau Tidak

Menerima Tawaran Luar Pilihan

KEMASUKAN KE TEVT & ILKA

Pernyataan Ya atau Tidak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke TEVT (Politeknik Konvensional) & ILKA

Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
G. LAIN-LAIN MAKLUMAT TAMBAHAN

Pernyataan Ya atau Tidak

☏ Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
☏ Wang Pinjaman Pendahuluan (WPP) PTPTN
☏ Maklumat Permohonan Diberikan Kepada Pihak Ketiga
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang PENGESAHAN MAKLUMAT

Paparan semua maklumat yang telah diisi akan dipaparkan

Semak semua maklumat yang telah diisi

☺ Klik pada butang Sah & Hantar untuk mengesahkan permohonan telah diterima oleh sistem
☺ Cetak pengesahan maklumat diterima oleh sistem keseluruhan permohonan untuk simpanan dan rujukan.
☺ Calon dibenarkan mengemukakan satu (1) kali permohonan dan tiga (3) kali proses pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.
CARTA ALIR PERMOHONAN UPU ONLINEdi sini 

14 comments:

  1. Thanks for the tutorial! Tapi saya nak tunggu tawaran matrik dan form 6 je hehehe. :D

    ReplyDelete
  2. @Faridzuan sama-sama, oh bagus2 zaman Am dulu ramai kawan tunggu tuk masuk form6. Coz perjalan untuk berjaya tu lebih cerah. Tapi itu terpulanglah kos apa yang kita pohon... :)

    ReplyDelete
  3. wow tutorial yang lengkap untuk isi UPU,
    tq bro..sebab ni la suka lepak blog ni banyak ilmu dapat kat sini.

    ReplyDelete
  4. mr aminin. .kalo sambung form 6 aliran sains ok tak?mana tau tak dapat matrik. .

    ReplyDelete
  5. nk tlg isikan utk am la..
    am spm dpt bape ri tu??
    hik3..
    =P

    ReplyDelete
  6. @Noura Noralimah sambung pengajian di ting.6 bukan bereerti kita tak pandai sperti budak matrik. Tapi engat bila dah masuk ting.6 aliran sains memang amat mencabar sedikit lebih mencabar ada di matrik. Haha Tiada istilah main2. Kenapa Am ckp macam tu... pasti ada jawapannya.. Good Luck yer :)

    ReplyDelete
  7. @Acik Riotaro spm punya dah lepas la.. isi tuk SPA ok gak. Haha.. bila la dapat kerja kerajaan. Dapat duit pencen nanti tua tak macam kerja sekarang... haha :)

    ReplyDelete
  8. hi admin, saya tengah isi upu.. but kenapa xde ruang utk cgpa kokurikulum? and memang x minta result spm ke?

    ReplyDelete
  9. hi admin, saya isi upu dalam kelayakan bahagian B lepasan spm 2011. tiada ruang cgpa kokurikulum and memang dia x perlu result spm ke?

    ReplyDelete
  10. Hye admin . .nk tnya. .msa isi upu ruang family tu . .tetiba error ..npa ya ?. . Plezz help me

    ReplyDelete
  11. Hye, nak tnya klau tdk print upu tu. tdk apa ka ?

    ReplyDelete
  12. salam nk tanye semue maklumat saye da masuk kn kecuali kata laluan kerane di resit unik id tu tiade ape2 yg mngatekn ad kate laluan ..
    mcm mne saye mahu daftar ?

    ReplyDelete

Hai.. Tak Kan Singgah Skodeng Kosong Je Kot..
Keletak Keletuk Sikit Keybord Tuh