Apa Hukum Minuman Dimasuki Semut

Bercakap Tentang Hukum Minuman Dimasuki Semut

 Baru-baru ni ada terbaca di sebuah blog tentang "Hukum minum minuman yang dimasuki semut". Aku rasa pelik dengan soal jawab pasal semut ni. Setahu aku la jika terminum or termakan, minuman makanan yang semut, boleh menggelapkan hati. Itu pasal la time study ilmu susah nak masuk then jadi pelupa (tak kuat ingatan).LOL!

Kalau yang masih study tu, elakkan daripada termakan atau terminum air yang ada semut ye.. banyak faktor yang boleh membuatkan kita menjadi pelupa. Ini tips orang tua ku bagi kat aku dimana aku bergelar seorang student. Kalau boleh tak digalakkan makan kepada ikan (esp. ikan bilis) begitu juga semut. Aku tak berani nak komen banyak2 just beri pendapat je yang lain tu kita serah pada yang pakar tentang hukum dalam agama Islam.



Antara Soal JAWAB yang memeningkan kepala otak aku :

Orang kata, air yang dimasuki semut ni jika diminum bersama-sama semut tersebut orang yang meminum'nya juga akan menjadi bodoh bodoh seperti semut. Tapi semut tu bodoh ke? Semut lebih bijak dari serangga lain sebenarnya. Apapun jom la kita tanya ustaz yang lebih mengetahui apa hukum minuman yang dimasuki semut dari pandangan islam.
Soalan:
Bangkai semut yang masuk dalam minum, apa hukumnya meminum air tersebut?

Jawapan:
Semut adalah binatang yang tidak mengalirkan darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namum, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan.

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati
Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan hidup
Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ihktiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ihktiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.

Alahai kalau nak cakap pasal najis, memang la najis coz semut kan binatang yang tak pakai kasut. Jalan sini, jalan sana, merayap kat semua tempat2. Cth habis tempat semut skodeng kat taik kucing, taik itik, taik ayam segala la. Memang la najis. Tapi aku comfius kalau aku sedang bergulai untuk satu majlis besar, then tiba2 seekor semut terjatuh dalam gulai itu, gula itu perlu dibuang ke? kang kalau orang ramai makan gulai tu tak pasal2 orang ramai ilang ingatan terus kang. Tolong siapa yang lebih arif jelaskan persoalan yang duk main dalam kepala aku ni. Takde la pulak dinyatakan dimana sumber ni diambil dan soal jawab dengan ustaz mana ni?. Bukan apa cuma aku takut jika ia salah ini boleh fikiran kanak2 kecil boleh terpesong coz ia melibatkan hukum agama Islam. Wahai ustaz diluar sana bantula aku dalam dilema :(

Wallahua'lam

4 comments:

  1. saya pernah minum kopi ternyata ada semutnya 1, tatpi tetap saya minum cuma semutnya dibuang dulu... ternyata bisa najis ya...

    ReplyDelete
  2. @agus bg
    perlu tanya pada yang lebih arif tentang ini. Saya xberani nak membuat sebarang kesmpulan coz ia berkait tentang hukum agama. Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan cuba tanya Ustaz tentang hal ini. Saya akan beritahu anda. :)

    ReplyDelete
  3. bukan dengan ikhtiar manusia (semut tu termasuk sendiri)
    dengan ikhtiar manusia (contoh: memasukkan gula yang ada semut ke dalam bancuhan milo panas)



    Kan ustaz tu dah cakap :

    2. Semut masuk dalam keadaan hidup.

    "...Jika bukan dengan ihktiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu."


    Jadi, kalau awak nampak gulai tu dimasuki semut,maka segeralah buang semut tu, BUKAN gulai tu :)


    ReplyDelete
  4. bro kasi contoh yang baik, macam kelakar pula kerana seekor semut jatuh bukan ikhtiar manusia sampai gulai sekawah nak dibuang...
    Setuju dengan padangan rakan di atas. Jika ternampak semut terjatuh didalam gulai. Cepat2 la kita buang semut itu.

    ReplyDelete

Hai.. Tak Kan Singgah Skodeng Kosong Je Kot..
Keletak Keletuk Sikit Keybord Tuh